Tuesday, November 20, 2012

aku. kamu.

Ya Allah..
Andai kesakitan ini mampu menghapuskan segala dosaku,
Aku pohon tabahkan hatiku untuk menempuhi ujianMu,
Ya Allah..
Andai keresahan ini mampu membuat aku dekat denganMu,
Aku pohon kukuhkan aku untuk terus berdiri menghadapMu..

Ya Allah..
Bukan aku tidak tahu apa yang aku lakukan itu adalah dosa,
Dan bukan aku tidak tahu semua itu akan membuatMu murka,
Namun..
Aku tidak mampu melawan amarahku,
Aku tidak mampu menahan semua itu,
Aku tidak mampu memendam segalanya dalam kalbum
Sungguh,
Aku tidak mampu!

Usah dinilai aku kerana pakaianku,
Usah dinilai aku kerana tudung labuhku,
Usah dinilai aku kerana menjaga pandanganku,
Tetapi..
Nilailah aku atas dasar siapa diriku!
Bukan melalui luaranku!

Sungguh,
Aku tidak sesempurna kamu,
Yang tahu, arif serba satu,
Ibarat dunia di hujung jarimu,
Kerana itu aku terus membisu,
Kerana aku tahu, aku tidak sesempurna itu!

Coretan hatiku biar jadi rahsiaku dan Tuhanku,
Resah jiwaku biar jadi kekhilafanku,
Kerna aku sedar, dan aku tahu,
Diriku masih banyak kekurangan yg membelenggu,
Kerana itu aku ubah satu persatu,
Berharap ALLAH permudahkan segala untukku!

Buat kamu yg sering menuding jari kepadaku,
Buat kamu yg lebih sempurna dariku,
Sedari hakikat yg satu,
Bukan kepandaian, bukan keegoan yg jadi penentu,
Hanya ketakwa buat YANG SATU,
Akan jadi pendinding antara kau dan aku,
Saat pertemuan dengan YG MAHA TAHU segala sesuatu!




~ aku tdk pernah sempurna, dan ku sedari hakikat itu. sering saja aku belajar dari peristiwa lalu. benar, aku bimbang akan mengulangi kesilapan yg sama. tidak mampu utk terus bersuara. namun, aku tidak berdaya utk melawan aturan yg Maha Esa.~

2 comments: