Wednesday, November 11, 2015

ROAD TO CONVO : A NEW LIFE BEGIN

Assalamualaikum

Alhamdulillah. lama menyepi. kali ni ada lagi.
Sibuk dengan urusan duniawi.
Sibuk dengan urusan untuk memperbaiki diri.
Nak jalani hidup yang lebih baik dari sebelum ini.

ya. Bukan mudah.

Tapi tetap juga perlu ada perubahan.
Perlu ada TRANSFORMASI.
Sampai bila nak terperuk dengan dunia yang kita sudah terbiasa.
Sampai bila nak hidup sebagai orang yang tak mampu menyumbang apa-apa.

#ROADTOCONVO

Konvokesyen UPSI utk kali ke-17 sidang 2 akan berlangsung pada 24-28 November  2015.

itu yang ditunggu-tunggu lepas empat tahun mencari ilmu di UPSI.
28 November. itu sesi kami.
Batch Tun Perak. AT32. ISMP Sejarah.
Last course yg akan konvo dpd Fakulti Sains Kemanusiaan tahun ni.
Hadap jela sesi last. Tengah hari buta. :D

For now, sementara tunggu konvo.
minta cikgu ganti, tapi mungkin belum ada rezeki.
maka, ambil kerja kontrak under UNISZA.
daripada duduk habiskan duit abah ummi.
baik terima je apa tawaran yang ada.

Maka,
dunia kesibukan kembali lagi. @_@

Saturday, August 22, 2015





Dan bila nanti kau hadapi kesusahan, aku pasti masa tu kau akan datang kepada aku seperti yang kau selalu buat sebelumnya. 
Sekarang, apa yang boleh aku buat adalah membiarkan kau menjalani hari-hari bahagia kau. 
Aku tak pernah nak mendoakan kesedihan kau. tapi aku tahu, kau hanya akan hargai aku bila mana kau sedang bersedih. Bila mana kau tersepit. Itulah nilai aku pada kau. 

Seorang kawan yang kau cari bila mahu meluahkan luka yang ada di hati kau.


-Sahabat-


Saturday, August 1, 2015

PELUANG

bila semakin meningkat usia,
sepatutnya amalan kita juga meningkat sama.
tapi,
kita asyik lupa.
asyik leka.
leka dengan permainan dunia.
padahal,
kita tahu,
kita sedar,
yang dunia cuma bersifat sementara.
tapi tetap juga kita kejar isinya.

kita takkan tahu bila ajal bakal menjemput kita.
mungkin beberapa minit nanti saja.
mungkin malam ini, esok, lusa.
semuanya sukar untuk dijangka.
susah untuk diduga.

calitan dosa memenuhi jiwa.
memamah hati yang belum mahu pulang pada Yang Kuasa.
aku tahu,
kita ini cuma manusia biasa.
yang pada zahirnya memang dipenuhi dengan dosa.
tapi.
pintu taubat sentiasa terbuka,
mahukah kita kembali kepadaNya?

Allah.
banyak dosaku. hinanya diriku.
sedangkan Engkau sentiasa bersedia mengampunkan dosa2 kami.
hamba-hamba yang hina. 
hamba-hamba yang hatinya penuh dengan hasad dengki sesama manusia.
hamba-hamba yang sering melakukan kesilapan.
Tuhan.
masihkah ada  peluang untuk diri ini
menebus kembali apa yang telah pergi?

Saturday, July 11, 2015

KENANGAN 4 TAHUN

bismillahirahmanirrahim.

alhamdulillah. perjuangan 4 tahun di bumi mualim berakhir jua.
4 tahun di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
tempat yang banyak mengajar erti hidup. mengajar erti persahabatan.
mengajar erti kepayahan. kesabaran. dan kecekalan.


Allahu.
dalam gembira ada duka.
gembira kerana berjaya tamatkan perjuangan yang penuh liku.
tapi juga sayu sebab lepas ni dah tak lagi bertemu.
bertemu dengan mereka yg banyak membentuk diri menjadi apa adanya kini.
terlampau banyak sebenarnya kenangan yg terukir sepanjang 4 tahun di UPSI.
dari berkawan dengan orang itu, kemudian orang ini, minat orang itu minat orang ini,
bergaduh dgn orang itu bergaduh dgn orang ini. dan macam2 lagi sebenarnya.

mula2 masuk upsi, awal september. memang takut amat. sebab tak kenal siapa2. yg ada cuma sahirah, kawan sekelas waktu sekolah dulu. tapi kolej kami beza2. daftar dan masuk rumah, roomate rupanya coursemate jugak. paling best tentang kolej ni, waktu tu 2011, ada dua kolej duduk area hulu selangor, taman bahtera. Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Ungku Omar. Me KHAR. kolej ni, x macam asrama universiti2 lain. dia macam rumah flat. ada 4 bilik, ruang tamu besar, meja makan, tempat sidai baju, toilet ada dua. Allahu. memang best. dua sem duduk kolej ni. pd masa yg sama, join REXCO  Biro Kebajikan dan Perkhidmatan. kutip pengalaman berharga sampai gelap2 muka. haha.
dulu, sebelum rapat dgn ika, mas, n isma, diorang nilah yg jadi bestfriend me. tapi bila diorang ni join SUKSIS dgn PALAPES tinggal me sorang2. hahaha. sedih

keluarga besar Biro Kebajikan dan Perkhidmatan.
Lagi best, oleh sebab ambil Sejarah, maka kitorang yang dekat 200 orang ni ada kajian lapangan. sem 1 dekat Gunung Senyum, Pahang. sem 2, dekat Lembah Bujang, Kedah. sem 1 paling haru sebab kena panjat gunung. Allah, mencabar amat sebab me sendiri gayat. hahaha

sorang2 dah letih sebenarnya. lama memanjat Gunung Senyum. masa ni berehat. cubalah cari me di mana. hahaha
me sbg photographer. masa ni dekat lembah bujang.

sem 3. paling haru sebenarnya. sebab mula2 daftar kolej dapat tahu kena tempatkan dkt KUO yg dah x berpenghuni. masa tu penghuni2 KUO semua dah pindah kolej baru dekat Proton City. tinggallah kami penghuni KHAR yg tersisih ke KUO yg memang creepy sebab x ada orang. cuma kami dalam 20 orang budak sejarah. sedih. kemudian, amek keputusan, jom keluar kolej. minggu tu jugak kami berjaya kumpul 11 orang untuk sama2 join pindah rumah depan PT. better more! :D

dari sem 3-8 mereka nilah yg kekal jadi housemate daku. ada yg keluar masuk dlm hidup, tapi mrk ni tetap setia jadi penghibur waktu susah, peneman waktu senang, crime partners, apa sume.
 banyak sangat pengalaman dekat UPSI sebenarnya, termasuklah me yg tiba2 pergi join futsal waktu sem 4. padahal hati lagi ke bola jaring. tapi sebab masa tu, follow geng2 comel manja tu, me ikutkan aje. dari tak minat terus minat. anak dara main futsal. tambah2 dgn ketembaman daku. bayangkanlah. lagi best juga sebab ambil Pandu Puteri sebab bajet x banyak kerja. tiba2, ambik kau. sengih aje mampu.


sebab jadi photographer, maka x adalah gambar me. haha.

masa ni Perkhemahan Pandu Puteri Siswi II Peringkat UPSI. masa ni gigih pakai kebarung sebab nak ditauliahkan.
sem 5, ada satu subjek untuk Pendidikan Moral (minor) yg perlukan kami buat aktiviti dekat rumah anak2 yatim. Allah, memang best amat! mula2 bimbang jugak, tapi waktu sampai Teluk Intan, jumpa adik2 tu, semua lelaki, dgn paling tua 13 tahun dan paling muda 8 tahun, terus rasa tenang. sebab apa? sebab diorang bakal tahfiz. diasuh untuk bangun qiamulail, buat amal, dan macam2. waktu kami sampai tu pun, petang tu terus gerak ke Hospital Teluk Intan untuk majlis solat sunat hajat dan bacaan Yassin. sangat best. paling best, kami ajar anak2 ni membaca, mengeja. sebab diorang kebanyakan dari keluarga susah dan ada yg merangkak-rangkak nak baca. macam me, ajar adik muhammad, yg memang pendiam dan tak reti mengeja. sungguh, rasa tenang dengan diorang.


keluarga Maahad Tahfiz. sampai sekarang tak berpeluang nak jenguk mrk sekali lagi. rindu. amat rindu, :(

sem 5 dan sem 6 tu kami kena ambil subjek KPD, subjek wajib ambil untuk praktikal sem 7. 6 jam kredit. memang banyak kerja. tapi tu semua sebagai persediaan untuk jadi seorang guru. Dr Wong Kung Teck, pensyarah kami waktu tu. kelakar, serius, semua ada. paling tak boleh lupa, bila ada kelas pagi, dia suka perli yg datang lambat.
"Girlfriend u buatkan sandwich ke pagi ni?"

inilah kanak2 ribena.
sem 7, bermula praktikal. takut, gementar, semua ada. semua perasaan yg boleh downkan seseorang. hahaha. tapi alhamdulillah, selama hampir 4 bulan kat sini, sangat rapat dengan most pelajar yang diajar. rasa macam adik sendiri. paling penting, sahabat2 praktikal. kaq nad, shafi, sahirah, wani, annur dan tasya. macam adik beradik sendiri. rapat sangat. dan rindu mereka. :(

1st time ada gambar ramai2. tu pun suruh mak teh, jaga sekolah amikkan. :D
sem 8 dah berakhir. maka tamat perjuangan sebagai anak kandung suluh budiman. master? tunggulah bila kahwin nanti. ^_^








Friday, March 27, 2015

DO IT NOW

assalamualaikum.

terkadang kita perlu merasa susahnya sesuatu itu
agar nanti kita akan lebih menghargainya.
berusaha atas kemampuan kita sendiri dahulu
dan bukan meminta pertolongan org lain hendaknya.

Allah berikan kita ruang.
Allah berikan kita peluang.
kenapa mahu disia-siakan?
sedangkan waktu terluang itu panjang,
kenapa saat akhir yang jadi pilihan?




Tuesday, March 24, 2015

HIDUP SENIOR

assalamualaikum.
minggu keenam di sini.
tinggal lagi lapan minggu sebelum menamatkan perjuangan di bumi mualim.

menjadi senior bukanlah perkara yang mudah.
terasa banyak cabaran.
banyak dugaan yg perlu dihadapi.
tetapi,
sejak empat tahun lepas,
diri telah memilih untuk berada di sini.
maka,
perjuangan perlu tetap diteruskan.
walau terasa berat langkah menuju hari mendatang.


letakkan kepercayaan kepada Allah.
insyaAllah..
yang susah menjadi senang.
yang resah menjadi tenang.
Allah tahu apa yang terbaik.
maka,
yakinlah dengan janji DIA. :)

#upsi #batch2011/2012 #ismpsejarah

Wednesday, February 11, 2015

CERITA SAYA

assalamualaikum. ^_^

Allahu. lama sangat x berblogger. Biarkan blog bersarang dekat setahun lamanya.
maafkan kesilapan diri.
terlalu sibuk mengejar status pelajar tahun akhir.

Ya. Kini saya sudah menjadi SENIOR.
bermakna tanggungjawab makin berat.
makin sesak. makin hebat. :(

Dalam tak sedar, bumi Tanjung Malim bakal saya tinggalkan jua.
4 tahun menjadi sebahagian darinya.
Pasti akan dirindui jua nanti.
Bumi yang mengajar saya menjadi insan yang lebih tabah.
Lebih cekal dalam hidup.
Di sini saya kembali mengenal diri yang sebenar.
Kembali mengenal Tuhan saya.
Di sini juga peribadi saya dibentuk.
Dipersiapkan untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa.
Doakan untuk saya dan sahabat-sahabat yang lain jua. :)

Semester 7 sudah berlalu.
Pada semester ini juga kami berpraktikal.
Dihantar di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia.
SMK Beserah. Kuantan.
Itu pilihan saya dulu.
Di sekolah ini juga saya dibentuk menjadi seorang guru yang tabah hatinya.
Karenah anak-anak murid tidak semua sama.
Tetapi, sungguh.
Pengalaman di sini amat berharga.
Menjadi sebahagian daripada mereka jelasnya salah satu yang terbaik dalam hidup saya.

Semester 8 bakal menjengah tidak lama lagi.
InsyaAllah. Doakan yang terbaik moga saya dapat menempuh semester terakhir dengan jaya.
Amanat yang saya bawa sejak 4 tahun lepas masih saya galas dengan harapan mampu menghadiahkan kejayaan yang cemerlang buat mereka yang sayang. KELUARGA.

Bagi anda semua.
Yang selama ini setia menyokong karya tidak seberapa saya.
Jutaan maaf saya ucapkan.
Maaf kerana tidak sempat menghabiskan e-novel KALIMAH CINTA.
insyaAllah. saya akan usahakan yang terbaik untuk anda.