Monday, March 12, 2012

KALIMAH CINTA

KALIMAH CINTA..

“ku percaya ada cinta antara kita..
Ku yakin ada bahagia antara kita..
Ku pasti ada sesuatu antara kita..
Kerna itu..
Kita serahkan cinta kita kepada ALLAH. 
Kerna DIA lebih tahu yg terbaik buat kita..”


Dhiyaulhaq - " Aku keliru dengan perasaanku sendiri. antara rasa bersalah kepada bekas kekasih dan rasa cinta kepada sang isteri. kenapa harus ku punya segala rasa ini?"

Hurin Amni - " Seringkali dia yang berkorban demi kebahagiaan kami. dan aku merasakan 
diri ini kejam kerana tidak mampu membuat dia bahagia walau untuk sekali. dia juga   hidupku. dia nyawaku. kebahagiaannya juga kebahagiaanku.

Iwadh Rifdhi - " Salahkah aku mencintai dia yang bukan milikku? salahkah aku jika aku hanya inginkan yang terbaik buatnya?"

Hurin Ainina - " Aku bukan sesiapa di dalam kisah ini. kisah ini kisah mereka. tetapi, kenapa mereka perlu memikirkan perasaanku jika aku sendiri ingin melupakannya?"

Rahsia itu tidak pernah ada yang tahu. Ia terus tersimpan kemas dalam diari hidup mereka. Tetapi, kehadiran jejaka itu seakan menyemai kembali kesedihan, memarakkan kembali kepedihan. Hurin Amni cuba melupakan kisah itu, namun dia tidak pernah mampu. Lelaki itu pula seakan tidak pernah kenal erti putus asa. Lamaran lelaki itu pada suatu ketika, mengikat Hurin Amni yang dalam dilema. Mereka disatukan, tanpa menyedari ada hati yang terluka. Hurin Amni melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang setia kepada sang suami. Namun, rahsia itu tidak selamanya mampu disembunyikan. Dhiyaulhaq pula berbelah bahagi. Dia keliru dengan perasaan sendiri. Rasa cintanya seakan terbahagi. Antara kekasih lama yang disangka sudah lama pergi, dan si isteri yang baru dinikahi.
Siapa pilihan Dhiyaulhaq? Mampukah Hurin Amni menggagahkan diri pergi dari hidup sang suami yang dicintai demi rasa kasihnya buat insan yang paling disayangi?

No comments:

Post a Comment