Sunday, November 25, 2012

Dan ku serahkan hanya kepada NYA..

ALLAH tahu apa yang terbaik untukku
ALLAH juga aturkan yg terbiak buatku.
Dan aku.
Aku jua harus melakukan yg terbaik untuk Penciptaku.

Lantas.
Ku biarkan semua berlalu sendiri
Ku biarkan rasa itu pergi jauh dari hati.
Kesedihan, kecewa, dan luka yg ku tanggung sendiri
Ku biarkan ia berlalu pergi bersama duka yg membalut diri
Tak ku mahu kembali kepada mimpi yg membunuh realiti
Yang jelas telah membuat ku pegun sendiri.



Demi ALLAH.
Demi CintaNYA kepadaku
Aku tdk mahu lagi dibelenggu rasa kecewa itu
Biar. Biarkan ia mati sendiri.
Cukup aku menyeksa diri.
Cukup aku biarkan diri ini dilukai lagi.

Dan ketika itu
Ku tahu ada ALLAH bersamaku
Yg tak pernah lelah berada di sisiku
Yg rak pernah lemas mendengar rungutanku
Yg tak pernah resah memerhatikanku
Yg tak pernah sesak mengingatkan aku

Perjalananku mencari cinta sejati
Nyata lebih jauh dari yg aku jangka
Tiap kali aku bangkit, tiap kali itu jua aku jatuh kembali
Namun, takkan pernah aku berputus asa
Dalam pencarian menggapai cinta Yang  Maha Kuasa

Mungkin di setiap kali itu juga aku khilaf
Menyangka segala yang aku lakukan itu benar belaka
Tanpa ku sedar ada menyinggung hati semua
Sehingga aku kadangkala lupa bahawa aku ini insan biasa
Yang takkan pernah lekang daripada melakukan dosa.

Berapa banyak jiwa yang telah aku sakiti
Berapa banyak hati yg telah aku lukai
Syukur ada ALLAH yg menyedarkan diri
Bahawa aku tidak layak menghukum hati-hati ini
Dan biarkan hanya DIA yg mengadili
Aku hanya perlu terus menyabarkan diri
Berharap kesabaran itu akan terbalas nanti

Dan aku tidak pernah lekang daripada melakukan dosa
Ku hukumi mereka yang melukakan diri tanpa berfikir sebaiknya
Dan saat ALLAH berikan peluang itu, pipi ini dibasahi mutiara dosa
Dan akhirnya aku sedar,
Aku, dia, dan mereka
Masing-masing tersilap arah.
Tersalah langkah.

Dan kini,
Ku mahukan ketenangan itu kembali menyelimut pangkal hati.
Cukuplah beban yg menggila di hati..





~bingkisan kata ini lahir dari hati yg ingin memaafi dan mahu dimaafi.~

No comments:

Post a Comment