Saturday, July 11, 2015

KENANGAN 4 TAHUN

bismillahirahmanirrahim.

alhamdulillah. perjuangan 4 tahun di bumi mualim berakhir jua.
4 tahun di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
tempat yang banyak mengajar erti hidup. mengajar erti persahabatan.
mengajar erti kepayahan. kesabaran. dan kecekalan.


Allahu.
dalam gembira ada duka.
gembira kerana berjaya tamatkan perjuangan yang penuh liku.
tapi juga sayu sebab lepas ni dah tak lagi bertemu.
bertemu dengan mereka yg banyak membentuk diri menjadi apa adanya kini.
terlampau banyak sebenarnya kenangan yg terukir sepanjang 4 tahun di UPSI.
dari berkawan dengan orang itu, kemudian orang ini, minat orang itu minat orang ini,
bergaduh dgn orang itu bergaduh dgn orang ini. dan macam2 lagi sebenarnya.

mula2 masuk upsi, awal september. memang takut amat. sebab tak kenal siapa2. yg ada cuma sahirah, kawan sekelas waktu sekolah dulu. tapi kolej kami beza2. daftar dan masuk rumah, roomate rupanya coursemate jugak. paling best tentang kolej ni, waktu tu 2011, ada dua kolej duduk area hulu selangor, taman bahtera. Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Ungku Omar. Me KHAR. kolej ni, x macam asrama universiti2 lain. dia macam rumah flat. ada 4 bilik, ruang tamu besar, meja makan, tempat sidai baju, toilet ada dua. Allahu. memang best. dua sem duduk kolej ni. pd masa yg sama, join REXCO  Biro Kebajikan dan Perkhidmatan. kutip pengalaman berharga sampai gelap2 muka. haha.
dulu, sebelum rapat dgn ika, mas, n isma, diorang nilah yg jadi bestfriend me. tapi bila diorang ni join SUKSIS dgn PALAPES tinggal me sorang2. hahaha. sedih

keluarga besar Biro Kebajikan dan Perkhidmatan.
Lagi best, oleh sebab ambil Sejarah, maka kitorang yang dekat 200 orang ni ada kajian lapangan. sem 1 dekat Gunung Senyum, Pahang. sem 2, dekat Lembah Bujang, Kedah. sem 1 paling haru sebab kena panjat gunung. Allah, mencabar amat sebab me sendiri gayat. hahaha

sorang2 dah letih sebenarnya. lama memanjat Gunung Senyum. masa ni berehat. cubalah cari me di mana. hahaha
me sbg photographer. masa ni dekat lembah bujang.

sem 3. paling haru sebenarnya. sebab mula2 daftar kolej dapat tahu kena tempatkan dkt KUO yg dah x berpenghuni. masa tu penghuni2 KUO semua dah pindah kolej baru dekat Proton City. tinggallah kami penghuni KHAR yg tersisih ke KUO yg memang creepy sebab x ada orang. cuma kami dalam 20 orang budak sejarah. sedih. kemudian, amek keputusan, jom keluar kolej. minggu tu jugak kami berjaya kumpul 11 orang untuk sama2 join pindah rumah depan PT. better more! :D

dari sem 3-8 mereka nilah yg kekal jadi housemate daku. ada yg keluar masuk dlm hidup, tapi mrk ni tetap setia jadi penghibur waktu susah, peneman waktu senang, crime partners, apa sume.
 banyak sangat pengalaman dekat UPSI sebenarnya, termasuklah me yg tiba2 pergi join futsal waktu sem 4. padahal hati lagi ke bola jaring. tapi sebab masa tu, follow geng2 comel manja tu, me ikutkan aje. dari tak minat terus minat. anak dara main futsal. tambah2 dgn ketembaman daku. bayangkanlah. lagi best juga sebab ambil Pandu Puteri sebab bajet x banyak kerja. tiba2, ambik kau. sengih aje mampu.


sebab jadi photographer, maka x adalah gambar me. haha.

masa ni Perkhemahan Pandu Puteri Siswi II Peringkat UPSI. masa ni gigih pakai kebarung sebab nak ditauliahkan.
sem 5, ada satu subjek untuk Pendidikan Moral (minor) yg perlukan kami buat aktiviti dekat rumah anak2 yatim. Allah, memang best amat! mula2 bimbang jugak, tapi waktu sampai Teluk Intan, jumpa adik2 tu, semua lelaki, dgn paling tua 13 tahun dan paling muda 8 tahun, terus rasa tenang. sebab apa? sebab diorang bakal tahfiz. diasuh untuk bangun qiamulail, buat amal, dan macam2. waktu kami sampai tu pun, petang tu terus gerak ke Hospital Teluk Intan untuk majlis solat sunat hajat dan bacaan Yassin. sangat best. paling best, kami ajar anak2 ni membaca, mengeja. sebab diorang kebanyakan dari keluarga susah dan ada yg merangkak-rangkak nak baca. macam me, ajar adik muhammad, yg memang pendiam dan tak reti mengeja. sungguh, rasa tenang dengan diorang.


keluarga Maahad Tahfiz. sampai sekarang tak berpeluang nak jenguk mrk sekali lagi. rindu. amat rindu, :(

sem 5 dan sem 6 tu kami kena ambil subjek KPD, subjek wajib ambil untuk praktikal sem 7. 6 jam kredit. memang banyak kerja. tapi tu semua sebagai persediaan untuk jadi seorang guru. Dr Wong Kung Teck, pensyarah kami waktu tu. kelakar, serius, semua ada. paling tak boleh lupa, bila ada kelas pagi, dia suka perli yg datang lambat.
"Girlfriend u buatkan sandwich ke pagi ni?"

inilah kanak2 ribena.
sem 7, bermula praktikal. takut, gementar, semua ada. semua perasaan yg boleh downkan seseorang. hahaha. tapi alhamdulillah, selama hampir 4 bulan kat sini, sangat rapat dengan most pelajar yang diajar. rasa macam adik sendiri. paling penting, sahabat2 praktikal. kaq nad, shafi, sahirah, wani, annur dan tasya. macam adik beradik sendiri. rapat sangat. dan rindu mereka. :(

1st time ada gambar ramai2. tu pun suruh mak teh, jaga sekolah amikkan. :D
sem 8 dah berakhir. maka tamat perjuangan sebagai anak kandung suluh budiman. master? tunggulah bila kahwin nanti. ^_^