Wednesday, April 3, 2013

tilik. renung. nilai


kita tidak sedar,
kadang ada kata2 kita yang akan menyinggung perasaan org lain.
mungkin kita tidak sedar, bagaimana utk membezakan,
gurauan dengan bukan gurauan.
mahukah anda tergolong dalam kalangan mereka yg tidak disukai org lain?


kerana mulut badan binasa,
kerana mulut jiwa merana,
kerana mulut hati terluka, 
 kerana mulut diri kecewa.






tilik. renung. nilai.
pada tahap manakah anda?
di tahap kelaseran yg mampu menyakitkan hati org dgn satu patah kata?
ataupun di tahap mereka yg sedang2 saja?
yg masih mampu membuat org ketawa dgn bicara kita?

nilai diri sendiri.
"u better shut up if u can hurt someone when u start to speak."
yes! itu tepat.
andai kata2 anda boleh menyakitkan hati seseorang,
kenapa tidak saja anda ambil langkah berdiam diri?



kita terlalu banyak menilik orang lain tanpa mahu menilik diri sendiri.
tanpa mahu MUHASABAH DIRI.
tanya diri anda.
adakah anda merenung kesilapan diri setiap hari
agar hari esok perkara sama tidak berulang lagi?

siapa kata saya yg bercakap ini,
 yg meluahkan ini tdk pernah berbuat begitu?
saya juga tak pernah terlepas daripada meluahkan kata yg kadang menyakitkan jiwa,
tetapi..
selalu ada penyesalan di penghujung hari saya.
mengapa saya membiarkan mereka terluka dengan bicara & tingkah saya?

ingat,
kita tidak tahu hati mereka.
kita tidak tahu fikiran mereka.
anda rasa mereka tidak terluka,
tetapi mungkin saja anda silap meneka.
apa kata,
mula muhasabah diri kita.
fikirkan dulu sama ada bicara mampu menyakitkan jiwa
ataupun berniat menceriakan suasana.


~banyak perkara yg terpaksa dipendam saat diri menyatakan bahawa itu adat kehidupan.
satu ujian dpd Allah utk diri lebih kuat pd masa akan datang. apabila terluka, diri hanya mampu berharap moga Allah memperkuatkan jiwa.~

p/s : salam kemaafan buat sahabat2 yg brtanya tentang sambungan kalimah cinta. kadang2 apabila kita terikat dgn tugasan, ia mengehadkan masa utk kita berkarya. apatah lagi, berkarya juga perlukan komitmen tinggi. maaf sekali lagi. & terima kasih kerana tdk jemu menyokong. :')