Wednesday, February 11, 2015

CERITA SAYA

assalamualaikum. ^_^

Allahu. lama sangat x berblogger. Biarkan blog bersarang dekat setahun lamanya.
maafkan kesilapan diri.
terlalu sibuk mengejar status pelajar tahun akhir.

Ya. Kini saya sudah menjadi SENIOR.
bermakna tanggungjawab makin berat.
makin sesak. makin hebat. :(

Dalam tak sedar, bumi Tanjung Malim bakal saya tinggalkan jua.
4 tahun menjadi sebahagian darinya.
Pasti akan dirindui jua nanti.
Bumi yang mengajar saya menjadi insan yang lebih tabah.
Lebih cekal dalam hidup.
Di sini saya kembali mengenal diri yang sebenar.
Kembali mengenal Tuhan saya.
Di sini juga peribadi saya dibentuk.
Dipersiapkan untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa.
Doakan untuk saya dan sahabat-sahabat yang lain jua. :)

Semester 7 sudah berlalu.
Pada semester ini juga kami berpraktikal.
Dihantar di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia.
SMK Beserah. Kuantan.
Itu pilihan saya dulu.
Di sekolah ini juga saya dibentuk menjadi seorang guru yang tabah hatinya.
Karenah anak-anak murid tidak semua sama.
Tetapi, sungguh.
Pengalaman di sini amat berharga.
Menjadi sebahagian daripada mereka jelasnya salah satu yang terbaik dalam hidup saya.

Semester 8 bakal menjengah tidak lama lagi.
InsyaAllah. Doakan yang terbaik moga saya dapat menempuh semester terakhir dengan jaya.
Amanat yang saya bawa sejak 4 tahun lepas masih saya galas dengan harapan mampu menghadiahkan kejayaan yang cemerlang buat mereka yang sayang. KELUARGA.

Bagi anda semua.
Yang selama ini setia menyokong karya tidak seberapa saya.
Jutaan maaf saya ucapkan.
Maaf kerana tidak sempat menghabiskan e-novel KALIMAH CINTA.
insyaAllah. saya akan usahakan yang terbaik untuk anda.