Wednesday, May 30, 2012

maaf.saya tak sempurna.

saat saya buat awak terluka,
bukan bermakna saya tak sayangkan awak.
tapi mungkin sebab saya leka.
leka sampai saya terlupa nilai sayang kita itu.

saat saya buat awak kecewa,
bukan bermakna saya tikam awak dari belakang.
tapi mungkin sebab saya alpa.
alpa akan janji saya pada awak.

saya cuma nak awak tahu.
kecewa awak,
terluka awak,
sedih awak..
akan buat saya rasai benda yang sama.
saya tak mampu tengok orang yg saya sayang terluka.
tak mampu melihat orang yg saya kasih berduka.

maafkan saya sebab tak mampu jadi yg terbaik buat awak.
maafkan saya sebab tak sempurna, awak..

utk awak..
yg bergelar sahabat saya dunia akhirat. InsyaAllah.
berapa kali harus saya katakan yg saya sayangkan awak krn ALLAH.
saya kasihkan awak yg menitipkan senyuman buat saya.
saya rindukan awak yg membuahkan ceria untuk saya.

moga masih ada ruang utk diberi kesempatan buat terakhir kalinya.

Wednesday, May 23, 2012

selamat hari lahir nurul asma amira.. :)

assalamualaikum.. apa khbar teman2 seperjuangan.. smoga sihat hendaknya..

alhamdulillah... syukur ke hadrat ALLAH kerana cik amira masih diberi kesempatan utk terus menghirup udara di bumiNYA ini..
alhamdulillah... syukur juga ke hadratNya kerana cik amira kini sudah berumur 21 tahun. 
TERIMA KASIH KEPADA TEMAN2 YG MEMBERIKAN UCAPAN LAHIR KPD CIK AMIRA.. :)

alhamdulillah.. tersangat bersyukur dgn nikmat yg ALLAH kurniakan ini..
berumur 21 tahun bermakna cik amira sudah mula menginjak ke alam yg lebih dewasa.
meski perangai mungkin masih agak kebudak-budakan.. hehe.. :)

ALLAH..
terima kasih kerana memberikan aku peluang utk hidup di bumiMu ini.
terima kasih kerana memberikan aku ruang utk bernafas dlm duniaMu ini.
terima kasih Allah atas segala nikmat yg KAU berikan untukku selama 21 tahun ini.
terima kasih Allah atas segala rahmat yg KAU kurniakan  buatku selama aku hidup ini.

ALLAH..
menginjak usia 21 tahun ini membuat aku sedar suatu perkara.
betapa nikmatMU tidak pernah bertepi buat hambaMu yg menagih cintaMu.
setelah perjalanan sukar yg aku tempuhi,
kini ku temukan damai di hati.
peliharakanlah hatiku agar aku tetap TEGUH berpegang pada kesempatan yg KAU berikan ini.

ALLAH..
banyak perkara yg aku lalui dalam mencari CINTA SEJATI.
banyak pengalaman yg aku perolehi tika kesakitan menimpa diri.
KAU temukan hatiku dengan cintaMu yang seJati.
dan HiJraHku juga kerana cintaMu, ya Rabb..


syukur ALLAH..
syukur ke hadratMu, Sang Penciptaku..

Monday, May 21, 2012

hijrahku keranaMu

"ALLAH TAHU APA YG TERBAIK BUATKU.."

ALLAH..tuturku x sekasar dulu.
bicaraku x sekeras dulu.
langkahku x sepincang dahulu.
kini.
semuanya baru bagiku.
setelah peluang itu trcipta lagi buatku.

SYUKUR padaMu ALLAH..
penghijrahanku mndapat restu.
jiwaku tenang x lagi resah spt selalu.
arahku jelas x sekabur dahulu.
kerana aku tahu.
Engkau jua yg mentakdirkan hijrahku keranaMu..

Syukur ya Rabb.
Moga penghijrahan ini kekal selamanya.
Moga Engkau terus merestui langkah perjalananku
moga Engkau terus memberi aku ruang utk bernafas di duniaMu.
Moga Engkau terus merahmati aku di setiap waktu.

Hijrahku kerana aku cinta pada- Mu dan rasul- Mu.. :)




Saturday, May 5, 2012

KALIMAH 3 & 4..


KALIMAH TIGA

Iwadh Rifdhi menggigit bibir. ‘Abang tunggalnya bakal menamatkan zaman bujang?’ Perkhabaran yang diterima daripada mamanya membuat dia sedikit terpana. Sangkanya abangnya yang seolah-olah tidak punya perasaan itu tidak akan pernah mengakhiri zaman bujangnya, tetapi nyata telahannya silap. Masakan tidak, abangnya itu sudah menjangkau usia 28 tahun, tetapi masih belum mempunyai teman wanita. Berbeza dengan dirinya yang sudah sering bertukar pasangan. Tetapi, semenjak dia mengenali Hurin, perangainya sudah berubah. Hatinya kini hanya untuk gadis itu. Gadis yang sentiasa berpegang dengan pendiriannya. Yang tidak pernah menerima ajakannya untuk ke mana-mana. Perlahan-lahan, bibirnya menguntum senyuman. Rindunya bertalu kepada gadis itu. ‘Hurin.. apa khabar engkau sekarang?’


“ Hurin suka warna ungu kan, dik?”


Hurin sekadar membisu. Hurin Ainina melepaskan keluhan. Dia tahu apa yang bermain di fikiran adik kembarnya itu. Dia juga tahu bahawa Hurin Amni tidak mahu disatukan dengan lelaki itu, tetapi demi keluarga. Demi orang tua mereka, Hurin Amni rela berkorban. Bukan tidak ada sedikit pun simpati terhadapnya, bahkan melimpah-ruah, namun apalah yang mampu dibantunya? Hurin Amni sendiri yang bersetuju.


“ Hurin..”
“ Erm..”


“ Adik..janganlah macam ni, sayang.. Apa kata umi, apa kata walid kalau Hurin terusan macam ni? Sudahlah Hurin dah seminggu minta cuti,”
Hurin memandang wajah di sisinya. Kelihatan tenang. Mata gadis itu direnung. Cuba menyelami hati kakak kembarnya itu. Namun, hampa. Tiada sedikit rasa sedih pun yang ditemuinya di mata itu. Redhakah Hurin Ainina menerima dugaan ini? Sanggupkah Hurin Ainina melepaskan lelaki yang dicintai demi keluarga mereka?


“ Akak..”
“ Kalau akak yang kahwin dengan dia boleh tak?” Hurin Ainina tersentak mendengar permintaan adiknya.


“ Apa yang Hurin cakapkan ni?!”


“ Kak.. Haq perlu tahu! Perlu tahu kebenarannya. Dia mungkin saja mengagak yang Hurin ni kakak.. Mungkin dia nak tebus kesalahannya dengan melamar Hurin kak.. Kak, Hurin nak beritahu Haq, kak.. Hurin nak dia tahu yang dia salah orang!”
Hurin sudah sedia menyarung tudung ke kepalanya. Hurin Ainina sempat menarik lengan adiknya. Wajah adiknya dipandang tajam.


“ Kakak tak izinkan Hurin! Ingat pesan walid. Kewujudan kakak harus dirahsiakan! Walid tak mahu ada orang tahu kakak masih hidup! Hurin tak bimbang ke kalau-kalau Natrah tahu tentang ni?”


Hurin Amni kembali duduk. Benar, perkara itu merungsingkannya. Mengapa harus dugaan ini menimpa keluarga mereka? Mengapa dia yang harus melaluinya sedangkan sedikitpun rasa kasih tidak pernah wujud buat lelaki itu? Lelaki yang dianggapnya sebagai pemusnah kebahagiaan kakaknya. Lelaki yang dianggapnya sebagai perosak hidup keluarga mereka. Mengapa?!


“ Hurin.. Allah sudah aturkan segalanya, dik. Mungkin Hurin bimbang perasaan kakak saat Hurin dan Haq bersatu. Hurin, kakak sudah lama melupakan Haq.. Dia sudah tidak ada dalam hati kakak, dik. Kisah antara kami sudah lama mati. Sekarang, kakak nak Hurin kejar kebahagiaan Hurin sendiri. Jangan bimbangkan kakak. Boleh, dik?”


Hurin memandang wajah yang disayanginya. Sungguh tabah hati gadis itu. Dalam usia yang masih muda, kakaknya menerima ujian yang besar sehingga merentap seluruh hidupnya. Sehingga menyebabkan masa depan kakaknya musnah. Namun, gadis itu tetap tabah. Tidak pernah ada air mata yang mengalir di pipi gadis itu.


“ Akak..”


“ Hurin Amni, belajarlah menerima Haq seperti mana keluarga kita menerima dirinya. Belajarlah mengasihi Haq saat ijabkabul menyatukan kamu. Belajarlah mencintai Haq tetapi jangan melebihi cinta Hurin kepada Allah dan para rasul. Dan janganlah Hurin ingkar. Janganlah Hurin mengabaikan tanggungjawab Hurin sebagai isterinya nanti,”
Hurin mengangguk kecil. Badan kakaknya dirangkul erat. Demi kakaknya, dia akan belajar menerima Dhiyaulhaq. Demi keluarganya, dia sanggup berkorban walaupun didera hati dan perasaan. ‘Ya Allah.. andai ini yang terbaik, aku pasrah.. Redhakanlah hatiku agar aku tabah menghadapi dugaanMu.. Agar aku dapat menanam rasa cinta buat dia yang bakal bergelar suamiku..’
........................................................................................................................................
“ Hurin,”
Hurin berpaling ke arah yang memanggil. Seketika mata mereka berpautan. Pantas Hurin melarikan wajah saat menyedari kesilapannya. Dia beristighfar di dalam hati. Tika itu, ada getar yang bermain di hati. ‘Ya Allah.. apakah rasa ini?’


“ Awak okey?”
Hurin yang menundukkan wajah sekadar mengangguk kecil. Haq mengukir secalit senyuman. Bersyukur kerana tika ini, Hurin tidak lagi melarikan diri saat bertemu dengan dirinya. Sekurang-kurangnya Hurin sudah memberikan respon saat ditanya.


“ Persiapan dah dibuat?” masih anggukan yang menjadi jawapan.


“ Awak bersedia menjadi isteri saya?”


Anggukan lagi yang dijawab. Senyuman di bibir Haq kian melebar. Terasa lucu dengan tingkahlaku bakal isterinya itu. Mungkin gadis itu tidak menyedarinya anggukannya itu sebagai tanda dia sudah mampu menerima Haq.


“ Alahai bakal pengantin baru ni.. Ada ke berkomunikasi dengan cara macam tu? Macam apa aku tengok..” Aiman mengusik. Linda di sisi Hurin mengukir senyuman.


“ Sibuk jelah kau ni, Man..”
“ Oo.. sejak dah nak jadi suami orang ni dah makin pandai menjawab kau ya, Haq!”


“ Ha’a kan, Man.. Tak romantik langsunglah diorang ni.. Kau tengok Hurin ni, asyik tunduk ke bawah je dia.. Ada apa kat bawah tu Hurin? Ada gambar Haq ke? Tak payah tengok bawah, orangnya dah depan mata pun,” giliran Linda mengusik.
Hurin mengangkat wajah. Dijelingnya Linda yang berdiri di sebelah. Satu cubitan hinggap di lengan temannya itu. Mengaduh kecil gadis itu.


“ Aduh! Sakitlah Hurin! Ha, Haq! Nanti hari-harilah kau makan mak ketam,”


Haq ketawa kecil. Wajah Hurin yang sudah memerah dipandang. Sungguh dia damai melihat wajah itu. Namun, masih ada sedikit keraguan yang bersarang di minda. Tetapi, dia terpaksa menunda kerana bimbang persoalan itu akan merosakkan kebahagiaan yang baru ingin dibina.


“ Hurin, macam manalah kau boleh terima Haq ni ya? Nak kata handsome, handsome lagi aku ni.. nak kata bergaya, bergaya lagi aku ni.. Apalah yang kau suka pada Haq ek? Setahu aku, tak pernah dia memikat kau,”


Aiman memulakan pertanyaan. Haq memandang wajah manis di hadapannya. Wajah itu masih tenang. Walaupun tiada secebis senyuman yang diukirkan, tetapi gadis itu tetap nampak ayu di matanya. Perasaan tenang menyelinap ke dalam hati. Rasa itu tidak pernah wujud tika mereka bersama dahulu. Rasa itu hanya bermula tika mereka bertembung saat dia nyaris melanggar kereta gadis itu dulu.


“ Hurin?” suara Aiman memecah suasana. Haq juga sebenarnya ingin tahu mengapa Hurin tidak menolak saat dia menghantar lamaran ke rumah gadis itu. Bukankah Hurin begitu dingin dengan dirinya? Tetapi mengapa lamaran itu diterima jika layanan gadis itu adalah sebaliknya?


“ Sebab dia tidak pernah memikat sayalah, saya menerimanya. Sebab dia terlebih dahulu sudah memikat hati orangtua saya sebelum dia memikat saya. Sebab dia memikat saya dengan cara yang diredhai Ilahi. Kami mungkin tidak pernah bercinta. Apatah lagi punya rasa cinta antara satu sama lain, tetapi bukankah Rasulullah s.a.w dan Siti Khadijah sendiri tidak pernah bercinta? Tidak pernah mengenali satu sama lain, tetapi mereka bahagia hingga ke akhir hayat Siti Khadijah..dan insyaAllah, semoga kami juga begitu. Menjadikan mereka sebagai panduan dalam membina hubungan yang diredhai Allah,”


Satu senyuman terukir di bibir Hurin. Saat itu, Haq tersentak. Mindanya mula bersarang pertanyaan. Apakah dia tersilap pandang? Atau selama ini memang dia tidak pernah menyedarinya?


“ Wow! Hebat! Tak sia-sia kau melamar Hurin, Haq. Dia bakal menjadi isteri yang solehah, dan ibu mithali buat anak-anak kau,”


Haq tersentak tika bahunya ditepuk mesra oleh Aiman. Bibirnya menguntum senyum. Hurin yang sedang bersembang dengan Linda dipandang. Sungguh dia bersyukur pada Allah kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada hidup gadis itu. Meski terasa gadis di hadapannya itu seakan berbeda dengan gadis yang pernah dikenalinya, namun Haq tetap positif. Fikirnya, mungkin masa yang mengubah gadis itu menjadi seperti sekarang. Dan Hurin pula, amanat yang diberikan oleh kakaknya tersemat erat di minda. InsyaAllah, dia akan cuba membuang rasa sakit hati buat lelaki itu sebelum ikatan perkahwinan menyatukan mereka.

..............................................................................................................................................

“ You Hurin,kan?”


Hurin memandang wajah di hadapannya dengan penuh tanda tanya. Dia yang ketika itu baru sudah meletakkan cawan yang dibasuh di atas rak di dalam pantry sedikit terkejut mendengar suara itu.


“ Ya, saya Hurin. Kenapa ya?”


Gadis itu menghampirinya. Sebuah senyuman terukir di bibir gadis itu. Tetapi, Hurin tahu, ada makna di sebalik senyuman yang diukirkan.


“ So, you lah bakal isteri Haq?”


Hurin tidak menjawab. Dia hanya membatu di situ. Gadis itu sudahpun berdepan dengan dirinya. Solekan di wajahnya jelas kelihatan. Wajahnya disapu bedak muka yang agak tebal. Bibirnya pula dicalit dengan gincu merah menyala. Pakaiannya yang ketat membalut tubuh, skirt yang dipakai mendedahkan paha. Hurin beristighfar di dalam hati. Dalam diam, dia rupanya sudah membuat penilaian terhadap gadis itu. ‘Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk berubah nanti..’


“ Maaf, saudari. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri. Saya masih banyak kerja,”


“ Wait! I belum selesai lagi dengan you. You memang cukup bertuah sebab berjaya dapat Haq. Tapi ingat, selagi Haq belum sah menjadi suami you, I masih ada peluang untuk merebut dia!”


Hurin kelihatan tenang. Sedikitpun dia tidak melatah. Juwita semakin diragut rasa sakit hati. Sudahlah berita perkahwinan Haq begitu menyentap hatinya, dan kini sikap bakal isteri Haq pula semakin menyakitkan hatinya!


“ You dengar tak apa yang I cakapkan ni?”


“ Saudari.. Allah itu Maha Mengetahui. Setiap perkara sudah diaturkan dengan sebaik-baiknya. Hidup saudari, hidup saya, sudah DIA tentukan pengakhirannya. Jika tertulis Haq itu memang jodoh saya, saya terima dengan hati yang redha. Jika tidak, saya juga menerimanya dengan redha kerana saya tahu Allah itu tidak akan membebankan hambaNya. Saudari faham, kan?”


“Aku datang bukan nak dengar kau berceramah okey?”


Hurin tersenyum. Gadis di hadapannya memang bukan jenis yang mudah mengalah. Dia tahu, gadis itu juga punya perasaan pada bakal suaminya. Tetapi, Hurin tidak kisah tentang semua itu kerana Haq masih bukan miliknya yang sah. Dia tidak punya hak untuk rasa cemburu atau sakit hati.


“ Saudari tak perlu datang jumpa saya semata-mata untuk beritahu perkara ni. Saya tak punya sedikitpun rasa cemburu atau sakit hati. Haq masih belum menjadi milik saya yang sah, jadi siapalah saya untuk mempunyai semua itu. Lainlah kalau dia sudah menjadi suami saya, pada masa itu, saya akan berusaha sehabis mungkin untuk mempertahankan hak saya sebagai seorang isteri. Ketika itu, saya akan berusaha yang terbaik untuk mempertahankan kebahagiaan kami. Saya harap saudari faham,”


Hurin menuju ke pintu pantri. Di situ, dia bertembung dengan Haq. Pantas dia menundukkan wajah saat sepasang mata lelaki itu memandang ke wajahnya. Juwita yang melihat semakin dipagut rasa sakit hati.


“ Hurin okey?”
Hurin sekadar mengangguk. Haq mengulum senyum. Juwita yang masih berdiri tidak jauh dari mereka dipandang sekilas sebelum pandangannya jatuh kembali kepada gadis yang tunduk itu. Bicara yang didengarinya tadi kembali terngiang di telinga. Sungguh dia kagum dengan bakal isterinya.


“ Juwita, saya harap awak jangan ganggu Hurin lagi. Dia bakal isteri saya. Bakal umi kepada anak-anak saya. Apa yang diperkatakan oleh Hurin lagi saya harap awak faham. Belajarlah menerima hakikat. Hurin, jom..”


Hurin sekadar mengekori Haq yang berjalan di hadapannya. Dia sedikit gementar. Haq mendengar bicaranya dan Juwita? Mungkinkah Haq juga mendengar bicaranya yang terakhir itu! Ah! Malu!



KALIMAH EMPAT

Tinggal seminggu sebelum Hurin dan Haq disatukan. Segala persiapan juga semakin selesai. Hurin Ainina memandang hantaran yang diletakkan di sudut biliknya. Dia sendiri yang membuatnya. Hanya itu yang mampu dilakukan kerana selepas ini, dia akan dihantar ke rumah nenek mereka di kampung. Hurin Ainina mengerti akan tindakan yang diambil oleh orangtuanya. Semuanya kerana bimbang bahaya yang akan terdedah jika ada yang mengetahui dia masih hidup. Sudah tiga tahun dia bersembunyi. Sudah tiga tahun dia tidak menghirup udara segar. Umi dan walid begitu bimbang akan dirinya. Mereka bimbang jika ada yang mengapa-apakannya. Pengalaman lalu membuat orangtuanya begitu berhati-hati. Hurin Ainina pasrah. Dia tahu, Allah sudah merangka yang terbaik buat dirinya.


“ Ain..”


“ Ya, umi..”


“ Ain dah siap kemas?”


“ Dah umi.. Kita nak pergi sekarang ke umi?”
Ummi Khadijah menghampiri anaknya. Dipeluk tubuh kecil itu seeratnya. Hurin Ainina yang tidak mengerti membalas pelukan tersebut.


“ Maafkan umi dan walid, sayang. Bukan kami tidak menyayangi kamu, bukan kami tak mahu kamu ada di sini bersama meraikan hari bahagia Hurin.. tapi..”


“ Umi.. kakak faham umi.. Jangan salahkan diri umi dan walid lagi,”


“ Hurin Ainina.. bersabarlah nak.. Setiap yang ditakdirkan Allah itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Satu ketika, anak umi ini akan menemui kebahagiaannya sendiri. Umi percaya itu,”


Hurin Ainina tidak dapat menahan sebak. Juraian mutiara jernih membasahi pipinya yang sudah tercela dengan parut itu. Ummi Khadijah masih cuba menahan sebak. ‘Ya Allah..tabahkanlah hati anakku. Dia mutiara paling berharga buat kami sekeluarga, ya Rabb.. Kurniakanlah dia kebahagiaan yang abadi. Jangan KAU biarkan dia terus didera perasaan dan mindanya lagi..’


“ Ain, umi dan walid sayangkan Ain. Kami sentiasa mengasihi Ain. Ain dan Hurin ialah anugerah yang paling berharga buat kami, nak. Kalian nyawa kami. Tiada kalian, tidak sempurnalah hidup kami.. Umi harap, Ain tetap tabah nak..walau apa pun yang menimpa Ain, jangan pernah mengalah.. Tempuhinya dengan yakin, sayang. Allah ada buat Ain. Allah takkan pernah tinggalkan Ain,”


“ Ya, umi.. Ain tahu.. Allah takkan pernah membebankan Ain. Allah dah aturkan yang terbaik buat Ain, dan Ain akan tempuhinya dengan yakin. Dengan tabah. Sebab Ain tahu, Allah tu sentiasa ada buat Ain..”


“ Umi, Ain, sudahlah tu.. Ain kena berangkat sekarang. Adik Adam dah tunggu lama tu,”
Suara walid memecah suasana hiba itu. Hurin Ainina mengesat air matanya. Ummi Khadijah juga begitu. Sungguh berat hatinya untuk melepaskan anaknya itu pergi, tetapi demi keselamatan gadis itu, dia terpaksa merelakannya. Ummi Khadijah dan Abu Sufian mengiringi anak mereka hingga ke pintu kereta. Abu Sufian mendukung anaknya dan diletakkan di tempat duduk belakang. Adam Rafael pula memasukkan kerusi roda ke dalam bonet.


“ Umi, walid, Ain pergi dulu.. doakan kami selamat sampai,” Hurin Ainina menyalami tangan kedua-dua orangtuanya. Air mata Ummi Khadijah kembali mengalir.


“ Umi, janganlah menangis lagi. Kakak akan kembali ke rumah ni,” Abu Sufian memeluk erat bahu isterinya.


“ Kakak, abang, kami pergi dulu. Assalamualaikum,”


“ Waalaikumussalam,” kedua-duanya memandang kereta yang berlalu dengan satu rasa. Rasa hiba yang bersarang di jiwa. Pasti ada hikmah di sebalik yang terjadi. InsyaAllah.


“ Abang..”
“ Sudahlah Ummi Khadijah. Jangan biarkah Hurin melihat kesedihan kita. Nanti dia pula yang berduka,”
...................................................................................................................................
Rifdhi melepaskan keluhan yang sangat berat. Kad undangan di tangan ditatap berkali-kali. Sukar baginya untuk mempercayai apa yang dilihat.


“ Hurin Amni? Hurin ke yang akan menjadi kakak iparku? Tapi macam mana dia kenal dengan abang?”


Rifdhi memegang kepala yang terasa berat tiba-tiba. Dia terasa dunianya seakan gelap. Kelam tanpa cahaya. Jika dahulu, Hurinlah sinar yang menerangi hidupnya, tetapi kini sinar itu seakan makin menjauh.


“ Tak boleh! Aku kena buat sesuatu!” Digit di telefon bimbitnya ditekan.
“ Dhi nak jumpa abang!”


Petang itu, seperti yang dijanjikan, Rifdhi menunggu kedatangan abangnya. Sengaja dia meminta mereka bertemu di lereng bukit. Dia tidak mahu apa yang dirancang dikesan sesiapa pun. Bunyi kereta menghampiri menerbitkan senyuman di bibirnya. Kereta Haq berhenti betul-betul di depannya.


“ Assalamualaium, Dhi! Ya Allah! Lama benar abang tak jumpa kamu!”


Haq menghampiri adiknya lantas memeluk tubuh itu. Rifdhi membalas pelukan tersebut tetapi segera melepaskannya tika sesusuk tubuh yang dikenali melangkah keluar dari isi perut kereta Proton Perdana milik Haq.


“ Abang bawa teman?”
Haq memandang ke arah yang sama. Dia menguntum senyuman lebar. Dipandang gadis yang semakin menghampiri mereka.


“ Abang nak kenalkan Dhi dengan bakal isteri abang, bakal kakak ipar Dhi. Hurin,”
Hurin menghampiri. Jelas kelihatan kerut di wajahnya.


“ Ini adik awak?”soalnya. Haq mengangguk.


“ Rifdhi kan?” lelaki yang dikatakan adik Haq mengangguk.


“ Subhanallah! Awak adik Haq rupanya,”
Haq diterpa keliru. Mereka saling mengenali?


“ Hurin kenal Dhi?” Hurin hanya mengukir senyuman.


“ Kami satu kolej, bang..” terasa berat lidah Rifdhi untuk melafazkannya.


“ Alhamdulillah..mudah urusan abang. Kenapa Dhi nak jumpa abang? Kat sini pula tu,”
Rifdhi menggaru kepala yang tidak gatal. Rancangannya nyata gagal.


“ Er.. Dhi.. Dhi.. tak ada apa-apa. Dhi cuma rindu kat abang,” Rifdhi buat-buat ketawa.


“ Kamu ni Dhi.. takkan jumpa kat sini. Macam tak ada rumah pula,”
Haq dan Hurin sama-sama tersenyum. Rifdhi dipagut cemburu. Hurin tidak pernah mengukir senyuman buatnya, dan kini gadis itu tersenyum. Senyum kepada abangnya!


“ Hurin, Haq..lama lagi ke? Umi khuatir walid bimbang,” suara seseorang kedengaran dari belakang. Ketiga-tiganya memandang ke arah yang sama.

“ Oh, maafkan Haq, umi. Dhi, ini umi Hurin. Umi, ini adik Haq..”
Ummi Khadijah mengulum senyuman sebagai tanda perkenalan. Rifdhi juga begitu. Sebentar tadi, dia menyangka, Hurin dan abangnya hanya keluar berdua, dan ketika itu jugalah dia membuat telahan bahawa Hurin sama seperti gadis lain. Hanya baik di luar! Tetapi, nyata telahannya silap. Gadis itu masih mendahulukan agamanya. Uminya dibawa bersama mereka walau ke mana-mana.


“ Tak apalah, bang! Dhi minta diri dulu. Anyway, congrates! Tak sangka jodoh abang dengan Hurin,”


Rifdhi berlalu ke keretanya. Pantas enjin kereta dihidupkan dan dia memandu membelah kesunyian alam. Hatinya terluka. Dari raut wajah Hurin, dia tahu gadis itu bahagia. Kenapa harus abangnya? Kenapa bukan dengan orang lain? Bagaimana dia ingin berdepan dengan gadis itu lagi?


“ Damn it!” jeritnya kuat. Rancangannya gagal sama sekali. Dia sudah merancang untuk berbuat jahat kepada abangnya tadi. Namun, rancangan itu gagal pabila lelaki itu membawa Hurin dan uminya bersama.


“ Masih ada kali yang lain! Kalau Dhi tak boleh dapat Hurin, abang pun mesti tak boleh dapat! Dhi yang kenal Hurin dulu!” syaitan benar-benar sudah menguasai fikiran Rifdhi. Tidak lagi dia berfikir akan akibatnya pada masa akan datang.
 ..................................................................................................................................
“ Aku nikahkan kau, Dhiyaulhaq bin Muhamad Syabri dengan Hurin Amni binti Abu Sufian dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran,”
Haq tersentak. Hurin Amni? Bukankah nama Hurin ialah Hurin Ainina? Siapa Hurin Amni?


“ Haq?”
Wajah walid Hurin dipandang. Haq diterpa tanda tanya. Walidnya di sebelah Abu Sufian merenung dirinya.


“ Ada apa Yo? Kamu jangan buat hal,”
“ Ma..maaf walid. Boleh Haq tanya suatu soalan?”
Abu Sufian mengangguk. Haq menarik nafas sedalamnya. Wajah tenang Abu Sufian memberikannya kekuatan.

“ Nama Hurin, memang Hurin Amni ke?”
Abu Sufian jelas keliru dengan soalan tersebut. Tidakkah Haq mengetahui akan nama sebenar anaknya? Kenapa harus ditanya soalan yang sebegitu?


“ Ya. Kenapa ada masalah ke?” Haq mengeleng. Segera dia meminta Abu Sufian menyambung majlis yang terhenti seketika.


Di dalam bilik, debaran di dada Hurin semakin kencang. Sebentar tadi, Linda ada memberitahu majlis terhenti seketika apabila Haq kelihatan mengelamun. Apabila dirisik, rupanya Haq inginkan kepastian tentang nama sebenarnya. Hurin melepaskan keluhan kecil. Haq masih belum mengetahui kebenarannya. Adakah dia perlu berterus-terang? Tetapi, bagaimana dengan janji yang pernah diikrar dengan kakaknya? Dan sanggupkah dia sendiri melepaskan Haq pergi seandainya Haq mengambil keputusan untuk menerima kakaknya?


“ Hurin, tahniah! Awak dah sah jadi isteri Haq!”
Linda datang mencium pipinya. Hurin hanya tersenyum nipis. Perasaannya masih berkecamuk.


“ Kenapa, Hurin?”


Soalan Asyiqa dijawab dengan elengan. Hurin beristighfar sebanyak yang mungkin. Dia mahu perasaan gundah itu segera hilang sebelum Haq datang untuk upacara pembatalan air sembahyang. ‘ Ya Allah..pinjamkan aku sedikit kekuatan..’


“ Assalamualaikum,”
“ Waalaikumussalam,”


Salam yang diberi dijawab serentak oleh mereka yang berada di kamar Hurin yang dihias indah. Haq terpana saat melihat keindahan di hadapannya. Subhanallah! Hurin kelihatan begitu cantik dengan persalinan warna putih dengan solekan nipis menghiasi wajah mulusnya.


“ Mari kita mulakan upacara pembatalan air sembahyang,” ujar mak andam.


“ Ma..maaf.. sebelum tu, saya ada sedikit permintaan,”
Kata-kata Hurin membuat semua orang diterpa keliru. Haq juga begitu. Apa yang ingin diutarakan oleh isterinya?


“ Abang.. saat ini, Hurin sudah sah menjadi milik abang. Syukur kepada Allah kerana memberikan kita peluang untuk bergelar suami isteri. Hurin cuma nak kita mulakan hubungan kita dengan rasa syukur, dengan harapan semoga ikatan kita ini kekal hingga ke akhir hayat. Abang, boleh ke Hurin minta sesuatu?”


“ Apa yang Hurin nak?” lembut suara Haq bertanya.


“ Boleh tak kita mulakan hubungan kita dengan solat sunat hajat dan sujud syukur? Hurin nak abang yang imamkan Hurin. Semoga abang juga akan menjadi imam Hurin di akhirat kelak,”


Haq benar-benar terharu dengan permintaan isterinya. Betapa dia bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kini. Haq akhirnya mengangguk. Semua hadirin melangkah keluar dari bilik mereka, memberikan pasangan pengantin baru itu untuk bersolat.


“ Ya Allah.. ya Tuhan kami.. Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepadaMu ya Rabb kerana menyatukan kami dalam sebuah ikatan yang sah. Syukur jua kepadaMu kerana melancarkan urusan kami dalam membina hubungan yang diredhaiMu.
 Ya Allah.. Ya Tuhan Kami.. satukanlah hati kami sehingga ke akhirnya. Rahmati istana kami dengan kalimah-kalimah cinta buatMu, ya Allah. Berkati rumahtangga kami dengan setiap kesyukuran buatMu, ya Allah.. Dia dan aku, perjalanan kami masih jauh dalam mencari redhaMu. Sejahterakanlah hidup kami. Limpahi kami dengan kurniaMu di setiap langkah kami dalam menggapai cintaMu.. Hanya Engkau tempat Kami mengadu, hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan.. Amin ya Rabbal alamin..”
Hurin menyapu mutiara jernih yang mengalir di pipinya. Kini, statusnya sudah berubah. Dia bukan lagi seorang gadis biasa. Dia kini sudah memegang amanah Allah. Dia kini sudah menjadi seperti uminya dan mama.
“ Hurin..”


“ Terima kasih kerana memberi Hurin peluang untuk menjadi isteri abang,” ucap Hurin sambil mencium tangan suaminya. Haq mencium lembut dahi isteri yang dikasihi.


“ Terima kasih juga buat Hurin kerana sudi menerima abang dalam hidup Hurin,”


Mata mereka bertautan. Ada getar yang bermain di jiwa Hurin. Ada cinta yang menyelinap di hati Haq. Dua hati itu kini menjadi satu walaupun perjalanan hidup mereka sebagai pasangan suami isteri baru sahaja bermula. Pancaran kilat dari kamera-kamera tidak langsung mengganggu mereka. Saat itu, Hurin menanam azam di hati, dia akan berusaha menjadi isteri yang solehah buat suaminya. Setiap rasa sakit hati buat lelaki tersebut sudah terkubur. Kini, hanya tanggungjawab yang digalas menjadi keutamaan buatnya.
Bagi Haq pula, persoalan yang berlegar di minda masih penuh dengan tanda tanya. Namun, itu bukan satu masalah untuk dia mengabaikan tanggungjawabnya yang baru. Hurin kini isterinya. Hurin kini tanggungjawabnya. Dia tahu, tugasnya kini makin bertambah. Dan dia berikrar pada diri sendiri untuk menunaikan amanat yang diberi sebaik yang mungkin. InsyaAllah..



P/S : KHAS UTK KALIAN YG MNGIKUTI PRKEMBANGAN KALIMAH CINTA.. 2 EPISOD UTK KALIAN.HARAP ENJOY.SEBARANG KOMEN MEMANG DIHARAPKAN .TQ.. :)

Tuesday, May 1, 2012

andainya..

Tuhan..
Andai telah Engkau tetapkan,
Dia milikku, tercipta untukku,
Satukanlah hatiku dngn hatinya
Di bawah lembayung rahmatMu..


Tetapi..


Andai dia bukan Adam yg diciptakan buatku..
Aku pohon, jauhkan rasa yg brmukim di jiwa untuk dirinya.
Hindari segala rasa yg membebankan jiwa.
Hilangkanlah segala rasa yg hadir buat dirinya..


Ya Allah..
Aku tdk mahu terus berharap.
Aku tdk mahu terus menanti.
Hadirkanlah sebuah jawapan yg aku damba.
Hadirkanlah sebuah kepastian yg aku perlukan.


Ya Rabb.
Engkau Maha Tahu akan segala sesuatu.
Engkau jua yg mengaturkn yg trbaik buatku.
Lantas..
Aku mohon padaMu yg Menciptakan aku.
Hadirkanlah dia, bakal imamku
Agar hatiku tdk lagi keliru.


Andai cintanya bukan milikku.,.
Tutupi rasa yg ada di hati
Biar ku semadikan cinta ini hnya buatMu Rabbul Izzati,,
Sehingga hadirnya dia,
Insan yg bakal memimpinku ke syurgaMu yg dinanti.. :)