Thursday, July 11, 2013

kata hati. :')

Kata HATI..
Untuk apa terus mencinta andai di akhirnya diri yang terluka nanti..
Kata HATI..
Untuk apa terus menanti andai di akhir cerita jiwa yang merana nanti..
Kata HATI..
Untuk apa terus berharap sesuatu yang tidak pasti andai di akhir kisah, hati yang menderita nanti..

Lantas...
Kerana HATI, hati yang rapuh, hati yang tidak kuat, hati yang perlu bangkit dari mimpi ini, 
hati mengundur diri dari terus menanti.
menanti sesuatu yang tidak pasti.
menanti sesuatu yang belum tentu menjadi realiti.
menanti sesuatu yang masih bergelar mimpi.

Biarlah..
Biarlah kenangan masa silam yang pernah terukir kekal menjadi sesuatu yang akan sentiasa terpahat di ingatan.
Diri sudah lelah.
Lemas diasak oleh persoalan hati yang sering menggugat ketenangan.
Letih diaju oleh pertanyaan minda yang mengganggu perasaan.

Dan..
Di saat ini, diri tersedar dari khayalan. Bangkit daripada luka silam.
Mimpi semalam akan tetap menjadi kenangan.
Kerana antara kita, 
Mana mungkin akan pernah terlakar sebuah ceritera lebih dari sekadar teman..

#pernah diri ini berharap kepadanya. pernah diri ini menanti jawapan daripadanya. namun, untuk apa diri terus menghabiskan masa memikirkan tentang ceritera yang mungkin tiada noktahnya? dan di saat diri cuba melepaskan, diri memohon moga inilah yang terakhir kalinya diri terjerat dengan hakikat yang sekian lama mendesak fikiran.

#ketahuilah, Cinta kepada manusia sesuatu yang tidak pasti, namun cinta kepada ALLAH kekal menjadi sesuatu yang abadi. selagi diri belum mampu mencintai ALLAH dan Rasul sepenuh hati, mana mungkin diri mampu meraih cinta dari insan bergelar lelaki.. Semoga perjalanan dipermudahkan. moga diri sempat meraih cinta Ilahi sebelum diri dijemput menghadap Pencipta diri ini.. :')

Dikarang pada 7 Julai 2013(7.50 a.m)

No comments:

Post a Comment