Monday, February 18, 2013

HijRaH

BiSmiLLah..
Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. 

Alhamdulillah. syukur kerana ALLAH masih izinkan saya untuk menghirup udara segar di bumiNYA. alhamdulillah. ALLAH masih memberikan saya peluang untuk memulakan semester baru di tahun kedua ini walau keadaan kesihatan kurang mengizinkan. insyaAllah. will get well soon. :')

BERHIJRAH? ya. berhijrah. berhijrahlah kita kerana ALLAH swt. berhijrahlah kita walau hanya dgn sekecil-kecil penghijrahan. moga penghijrahan kita dpd yg buruk kpd yg baik, dpd yg kurang kpd yg lebih itu mendapat rahmat daripada ALLAH jua. sy juga sedang melakukan penghijrahan, & berdoa agar penghijrahan sy ini terus diberkati Allah.


Mungkin yg mengenali sy melihat penghijrahan sy ini tidaklah seketara yg mrk sangka. tetapi, cukup sy tahu bahawa penghijrahan sy ini adalah niat kerana Allah, dan juga utk memperbaiki diri sy ke arah yg lebih baik. bkn mudah utk menggapai solehah itu. Dan sy juga masih berusaha utk terus istiqamah dlm penghijrahan ini.


Ummi & abah sering mengatakan bhw mereka bangga melihat kami, adik-beradik berusaha utk menjaga maruah agama, sekaligus mnjaga maruah mrk. ya, kalian juga tahu, "selangkah anak perempuan keluar tanpa menutup aurat mrk, dosa mrk akan ditanggung oleh orang tua". mahukah kita melihat mrk, yg sudah berpenat lelah mnjaga, mendidik, membesarkan kita menanggung dosa atas kesilapan kita sendiri? ya ALLAH..! sungguh saya tdk sanggup utk membenarkn umi & abah menanggung dosa atas kekhilafan sy. Dan.. atas kesedaran itu jugalah, sy memulakan penghijrahan ini. anda pula bagaimana?



Dan yg paling menguatkn azam sy utk terus berubah ke arah yg lebih baik adalah cikgu sy sendiri. pernah sy ke sekolah d suatu hari, menemankan adik sambil meluangkan masa menziarahi cikgu2, & sy terserempak dgn cikgu ini. Jelas terpamer riak terkejut di wajah beliau sewaktu melihat sy. Dipeluknya tubuh sy erat2 sambil kata :

Cikgu : Awak pakai macam ni sekarang? *beliau pandang sy dari atas ke bawah & sy pula senyum sambil menganggukkan kepala.
Cikgu : Alhamdulillah.. gembira cikgu. 

Perbualan yg biasa bukan? tapi ia begitu terkesan di hati sy. Hampir menitis air mata saat kata2 itu lahir dari bibir beliau. TERIMA KASIH CIKGU sebab berikan sy kekuatan utk istiqamah dalam penghijrahan saya ini..

Sahabat2..
Menutup aurat itu wajib ke atas kita sbg umat Islam. tidak mahukah anda menggapai redha Ilahi sedangkan ia mampu diraih dengan cara yg paling mudah? Jangan diutarakan perkataan "belum bersedia" sedangkan ajal kita sendiri boleh tiba bila2 masa. mahukah anda pergi dengan keadaan aurat yg masih belum tertutup sepenuhnya?
BERUBAHLAH WALAU DENGAN SATU PERUBAHAN YG KECIL. 

4 comments:

  1. :) pengisian y bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga sama2 dpt mnfaat. berkongsi apa yg dpt dikongsi. insyaAllah.. ^_^

      Delete