Thursday, February 28, 2013

buat muslimah.. :)

assalamualaikum..
skadar prkongsian.. jom, biarkan gambar berbicara.. :')

abaikan setiap kata-kata yg cuba meracun jiwa. asalkan ALLAH Maha Tahu betapa kita cuba utk mengikuti perintahNya. biar buruk pd pandangan mata manusia, asalkan di sisi ALLAH, tinggi nilainya.. :')

tak mungkin kita dapat menutup mulut mereka yg mempersoalkan cara kita berpakaian. tetapkan hatimu. istiqamah dalam melakukan perubahan. moga ALLAH permudahkan.. 

sedarilah bahawa aurat kita itu bukan perhiasan utk yg bukan muhrim. bukankah yg tertutup itu lebih indah? ^_^

berbanggalah dengan gaya muslimah anda. tidak salah utk mengikut peredaran zaman, tetapi biarlah berpada-pada. biarkan kekal dgn apa yg dianjurkan dalam agama.. :)


buat mereka yg sedang sendiri, sedarlah, tatkala hati anda dilukai oleh mereka yg disayangi, ada ALLAH yg mampu memberikan kita yg lebih baik daripada cinta lain di dunia. bukankah jodoh itu rahsia ALLAH.,? 

setiap apa yg terjadi itu, pasti ada hikmah yg menanti. percayalah dengan ketentuanNya. DIA tahu apa yg terbaik utk kita. :')

walaupun anda tergolong dalam kalangan mereka yg 'single', ia tidak bermakna anda berseorangan. anda punya ALLAH, anda punya keluarga, & teman2 yg sentiasa di sisi bukan? & pabila tiba masanya, ALLAH akan hadirkan dia yg akan menjadi yg halal utk anda.. ^^,

surat untuk "ADAM". ketahuilah, bahawa "HAWA" sedang setia menantimu. sama2 memperlengkapkan diri dengan ilmu agama sebelum kita menginjak ke fasa seterusnya. sama2 kita menggapai redha Ilahi dalam kembara kita mencari cahaya & cinta abadi.. :)



PEsanAn pEnajA:
~ bertudung labuh, berpakaian longgar, menutup aurat sepenuhnya tidak menjadikan seseorang itu ustazah. tidak menjadikan dia alim. tidak menjadikan dia sempurna. ketahuilah bahawa mereka jua sedang berusaha utk menjadi yg lebih baik dpd diri mereka sebelum ini. jangan dipandang serong kpd mereka. ikhlas dari hati, kami juga spt anda. tidak terlepas dpd melakukan kesilapan. jangan dihukum kami hanya kerana cara kami berpakaian, tapi bantulah kami utk memperbaiki diri. ajari kami utk berkelakuan spt mana kami berpakaian. jangan dihina, jangan dikutuk kerana kami jua spt anda, punya perasaan.

~ buat mereka yg sedang memegang status 'single' berSABARlah. kerana ALLAH akan mendatangkan kpd anda yg lebih baik dpd apa yg telah anda terima sebelum ini. percaya pada janjiNya. DIA Maha Tahu apa yg terbaik buat kita. teruskan menanti "ADAM" yg tercipta untukmu, duhai HAWA. & dalam masa yg sama, persiapkan diri kita agar kita lebih bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

p/s : gambar di atas adalah ehsan pkcik google & para blogger yg gigih mereka doodles yg menarik ini. tahniah utk anda yg bisa menghasilkan karya ini.. ^^\/




No comments:

Post a Comment