Tuesday, April 10, 2012

sebuah cerita. kemaafan.

assalamualaikum. apa khbr pmbaca semua?? semoga ALLAH sntiasa melindungi kalian & mengurniakn rhmatNYA yg xpernah berbelah bahagi buat kalian.insyaAllah.
kenapa entry ini ditulis??
sebab cik amira nk kongsikan dgn anda semua..sebuah kisah yg xberapa menarik, tetapi ada pengajarannya.. (^_^)

Dia.. kelihatan kuat di luar, tetapi sebaliknya, dia lemah di dalam. 
Dia pernah terluka dgn insan brnama sahabat. teman. & kawan.
semuanya pernah dirasai. namun dia tdk prnah berdendam.
walau terkadang, derita hanya dia merasakan.
namun, seraut wajah itu tdk pernah lokek dengan senyuman.
menunjukkan pd semua betapa dia gagah menyusun perjalanan.
betapa dia kuat mengharungi kehidupan.

saat itu. dia diuji lagi. kali ini setiap kata penghinaan itu ibarat belati menikam diri.
dia tewas dgn linangan air mata tika melihat seraut wajah sedih milik ibunya.
saat itu. dia yg xpernah menyimpan dendam mula berubah pegangan.
dia terfikir, kenapa harus dia yg selalu mengalah di akhirnya?
dendam itu mula wujud di dalam dirinya.
tiada lagi istilah sahabat rapat. tiada lagi teman utk dikongsi cerita.
kepercayaan itu terhapus begitu sahaja.
bukan bermakna dia tidak percaya pada semua,
tetapi dia takut. takut akan mengalami pengakhiran yg sama.

waktu berlalu. dia membesar sebagai gadis yg lebih dewasa.
namun peristiwa lama tdk pernah terhapus dari minda.
itulah penghalangnya. tembok yg memisahkan dia dngn masa hadapan & masa silam.
kerana kesedihan dahulu, dia berubah daripada si ceria menjadi si pura-pura.
berpura-pura gembira semata-mata utk menyorok setiap rasa.

namun..
dia mula sedar akan satu hakikat.
bahawa masih ada insan yg menyayangi dia.
masih ada insan yg mahu mengasihinya seperti seadanya dia.
dia masih punya keluarga. masih punya ALLAH yg Esa..
kini,
gadis itu bangkit dpd kisah lamanya.
meneruskan hidup tanpa dendam membara.
saat itu, kemaafan yg diberikan disambut rasa lega.
sungguh dia tenang tika huluran itu disampaikan seikhlasnya.

" kita semua prnah melakukan kesilapan. ya! tiada sesiapa yg terlepas dpd membuat silap. sesungguhnya. memberikan kemaafan itu amatlah bermakna. jika anda punya dendam, atau punya sakit hati kpd sesiapa.. lepaskan ia dgn seikhlasnya!! & anda psti akan merasa tenang. lega krn beban itu tdk lagi ada di bahu anda! cubalah.. cubalah mmberikan kemaafan. anda psti dapat mngharungi hidup dngn senyuman yg penuh dgn keikhlasan.. insyaALLAH.."

~~SAYA BELAJAR MEMAAFKAN KRN SY SEDAR.. SY SENDIRI TDK SEMPURNA. MSIH BYK KEKHILAFAN YG SY LAKUKAN. & STP HARI, SY SNTIASA BRDOA, SMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA SY YG MGKIN SY LAKUKAN TNPA SEDAR.~~

::saya sayangkan semua krn ALLAH swt.. same2 kita saling mengingatkn. semoga rhmat ALLAH akn sntiasa brsama kita..insyaAllah..::

2 comments: