Monday, April 2, 2012

DIA yg menCINTAIku..


Penat dan kesakitan itu menjadi satu.
Sungguh, jika aku tdak punya kekuatan walau secebis cuma,
Mungkin sudah lama aku tewas dengan permainan dunia.
Mungkin aku sudah lama terperuk di hujung sana.
Bersama mereka yang hilang dalam arus dunia sementara.

Namun,
Ternyata ALLAH lebih menyayangiku.
Tak dibiarkan oleh Nya aku hanyut dengan cinta pura-pura.
Aku bangkit jua.
Bangkit daripada kenangan silam yang pernah menghantui jiwa.

Aku terus utuh berdiri.
Menapak melawan hari-hari yang  penuh duri.
Kesakitan itu tidak lagi menghantui diri.
Lelah itu telah ku biarkan mati sendiri.
Sungguh ALLAH memelihara hatiku.
Menjaga diriku dari terjerumus ke lembah hina.

::SYUKUR KEPADAMU YA RABB KERANA TIDAK PERNAH BERHENTI MENCINTAI AKU MESKI AKU SERING ALPA DALAM MENCINTAIMU..:::

p/s...>>> jom same2 MUHASABAH DIRI dalam mncari Cinta ILAHI..^_^

No comments:

Post a Comment