Monday, November 7, 2016

LANGKAH BARU


Assalamualaikum. 

Lama tak mencoret sesuatu di blog ini. Rindu. 
Tapi disebabkan kekangan masa. 
Komitmen dengan kerjaya.
Ibarat menjadi BATU PENGHALANG untuk meluahkan.
Untuk menulis tanpa tekanan.

Disember 2015.
Tirai baru aku buka selepas secara rasmi menjadi ALUMNI UPSI.
Selepas 28 November menjadi saksi aku pemegang ijazah pendidikan.
Bukan mudah nak capai semua itu selepas empat tahun gigih usaha.
Tak mudah. Tak juga payah.

Disember itu juga aku memulakan tugas secara rasmi
Sebagai Pembantu Penyelidik untuk sebuah universiti.
Pengalaman yang tak mungkin ada galang gantinya.
Walau bekerja dari rumah, waktu kerjaku tak sama dengan yang lain.
Ada waktunya aku perlu korbankan waktu tidur untuk siapkan bahan.
Untuk selesaikan apa yang diarahkan.

Mac 2016.
Aku kembangkan kerjaya menjadi guru tuisyen di rumah.
Itupun atas permintaan mak ayah kepada mereka yang nak ambil UPSR.
Tugas sebagai Pembantu Penyelidik masih aku galas.
Sebab aku bekerja tak terikat dengan sesiapa. Tak perlu ke pejabat.
Jadi guru tuisyen tak mudah.
Nak-nak bila kau ajar subjek yang bukan opsyen kau.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Tapi tetap juga aku cuba sebagai satu pengalaman baru.

Jun 2016.
Temuduga sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41.
Atau dalam bahasa mudahnya, CIKGU.
Memang aku tak yakin waktu tu akan lulus.
Tapi pada Allah, aku doa moga jalan aku dipermudah.

Ogos 2016.
Keluar keputusan temuduga. Dan alhamdulillah aku berjaya. 
Tapi masa tu ada terselit kecewa. 
Sebab dapat dekat Kuala Lumpur, kota sesak dengan manusia.
Tapi pujuk ummi, "ALLAH DAH ATUR REZEKI ANGAH"

Dan kini,
November 2016.
Sekarang memasuki bulan ketiga aku berkhidmat di sini.
Di SMK SERI BINTANG UTARA yang penuh dengan warna-warni.
Perjalanannya tak pernah mudah.
Cuma, aku yang perlu tabah!

Hasil carian imej untuk smk seri bintang utara

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete