Saturday, August 1, 2015

PELUANG

bila semakin meningkat usia,
sepatutnya amalan kita juga meningkat sama.
tapi,
kita asyik lupa.
asyik leka.
leka dengan permainan dunia.
padahal,
kita tahu,
kita sedar,
yang dunia cuma bersifat sementara.
tapi tetap juga kita kejar isinya.

kita takkan tahu bila ajal bakal menjemput kita.
mungkin beberapa minit nanti saja.
mungkin malam ini, esok, lusa.
semuanya sukar untuk dijangka.
susah untuk diduga.

calitan dosa memenuhi jiwa.
memamah hati yang belum mahu pulang pada Yang Kuasa.
aku tahu,
kita ini cuma manusia biasa.
yang pada zahirnya memang dipenuhi dengan dosa.
tapi.
pintu taubat sentiasa terbuka,
mahukah kita kembali kepadaNya?

Allah.
banyak dosaku. hinanya diriku.
sedangkan Engkau sentiasa bersedia mengampunkan dosa2 kami.
hamba-hamba yang hina. 
hamba-hamba yang hatinya penuh dengan hasad dengki sesama manusia.
hamba-hamba yang sering melakukan kesilapan.
Tuhan.
masihkah ada  peluang untuk diri ini
menebus kembali apa yang telah pergi?

No comments:

Post a Comment