Saturday, May 17, 2014

WARKAH DARI PENDOSA

assalamualaikum.
maaf, lama blog ini terbiar tanpa kata.
semester 6 bakal tamat jua.
bakal memulakan cerita di sekolah tempat praktikal.
moga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya.
urusan aku, juga kamu semua.

terasa rindu utk berbicara di alam maya.
rindu utk meluahkan rasa.
oh ya, kenapa tidak aku mengadu kepada Maha Kuasa sahaja?
kerana aku mahu ia jadi peringatan buat kita semua.
manusia yang terkadang lupa.
terkadang alpa mensyukuri nikmat yang Maha Esa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
apa kau fikir,
Allah itu cuma penting bila kau susah sahaja?
apa kau fikir,
Allah itu seperti sahabat yg mampu kau lupa bila-bila masa?
apa kau fikir,
Allah itu bersifat seperti kamu jua?

hakikatnya...

kau mungkin lupa.
ya, lupa bahawa Allah ada di mana-mana.
di setiap masa, di setiap ketika.
mana mungkin engkau menyembunyikan diri dari pandanganNya.
mana mungkin kelibatmu mampu hilang dari radarNya.
Bahkan, DIA memerhatikan kau sepanjang masa!

adakah kau lupa?

solat itu tiang agama.
sedekah itu amalan mulia.
amalan sunat itu menampung amalan wajib kita.
tutur kata itu gambaran peribadi kita.

tetapi..

mengapa mudah benar kau lupa dan alpa?

Engkau berdoa,
mengharap agar tidak dihumbam ke neraka.
neraka yang dicipta buat mereka yang ingkar
ingkar pada perintahNya.

tetapi..

apa kau selidiki.
sempurnakah solat yang menjadi benteng imanmu?
pernahkah sedekah itu kau hulur?
adakah amalan sunat menjadi amalanmu?
bagaimana pula bicara yang meniti di bibir itu?

tersentap?

aku jua sama.
ya, aku tidak sempurna.
terkadang, solatku pincang, khusyuk entah ke mana.
terkadang, aku lupa bersedekah walau sekadar mengulum senyum kepada sesama manusia.
terkadang, al-Quran itu lupa aku baca.
terkadang, perkataan buruk terluah menzahirkan bicara.
nauzubillah...

apa kau fikir,
kemewahan hidup mampu memberikan bahagia?
apa kau fikir,
harta itu mampu kau bawa ke kubur?
apa kau fikir,
Allah peduli dengan taraf hidup dan pangkat yang kau ada?
apa kau fikir,
itu semua jaminan kau beroleh syurga?

hakikatnya.

Engkau. aku. mereka. semua sama!

tersentap?

ya.
Allah tidak pernah membezakan hambaNya berdasarkan harta.
tidak pernah melihat melalui rupa.
kerana itu semua hanya milik dunia.
mana mungkin kekal untuk selamanya!

tak perlu kecewa.
tak perlu merintih duka.
pintu taubat masih terbuka.
belum tertutup untuk mereka yang sedar akan kesilapannya.
kembali pada Allah.
kembali pada Pencipta.
tiba masa, kau akan ditelan bumi jua.

#kita pendosa. jangan lupa.#

No comments:

Post a Comment