Monday, June 4, 2012

cubalah utk melepaskan! :)


Siapa kata melupakan itu senang?
Tak! Ia tak senang!
Tak mudah jika kita tidak ikhlas melepaskan!
Tak mudah jika kita tidak merelakan!


Ya!


Saya pernah melalui fasa-fasa itu.
Saya juga seperti anda!
Berusaha untuk melepaskan,
Tetapi nyata, hati tidak mampu mengawal perasaan.
Saya terus memendam kerinduan
Terus menanti dia pulang ke pangkuan.

Dan apabila waktu berlalu,
Seiring dengan kedewasaan itu,
Saya temui jalan penyelesaian untuk kekusutan.
Ya! Saya sudah berjaya melupakan,
Tanpa ada sebarang keraguan,
Tanpa ada sebarang keterpaksaan,
Hanya perlukan keikhlasan!
Hanya perlukan keizinan daripada Tuhan.

Percayalah..
ALLAH akan berikan yang terbaik buat kita.
Asalkan kita ikhlas dalam melakukan segalanya.
Asalkan kita terus tetapkan hati untuk mempercayai janjiNya.
insyaAllah..
Yang susah akan menjadi senang.
Yang resah akan menjadi tenang.


Anda tidak mahu mencuba?
Ya..
Mencuba untuk melupakan.
Mencuba untuk meneruskan hari-hari mendatang dengan senyuman.
Cubalah.
Dan anda akan mengerti apa yang saya perkatakan.
J




sun, 3/6/2012 6:44 PM

No comments:

Post a Comment