alhamdulillah. perjuangan 4 tahun di bumi mualim berakhir jua.
4 tahun di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
tempat yang banyak mengajar erti hidup. mengajar erti persahabatan.
mengajar erti kepayahan. kesabaran. dan kecekalan.
Allahu.
dalam gembira ada duka.
gembira kerana berjaya tamatkan perjuangan yang penuh liku.
tapi juga sayu sebab lepas ni dah tak lagi bertemu.
bertemu dengan mereka yg banyak membentuk diri menjadi apa adanya kini.
terlampau banyak sebenarnya kenangan yg terukir sepanjang 4 tahun di UPSI.
dari berkawan dengan orang itu, kemudian orang ini, minat orang itu minat orang ini,
bergaduh dgn orang itu bergaduh dgn orang ini. dan macam2 lagi sebenarnya.
mula2 masuk upsi, awal september. memang takut amat. sebab tak kenal siapa2. yg ada cuma sahirah, kawan sekelas waktu sekolah dulu. tapi kolej kami beza2. daftar dan masuk rumah, roomate rupanya coursemate jugak. paling best tentang kolej ni, waktu tu 2011, ada dua kolej duduk area hulu selangor, taman bahtera. Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Ungku Omar. Me KHAR. kolej ni, x macam asrama universiti2 lain. dia macam rumah flat. ada 4 bilik, ruang tamu besar, meja makan, tempat sidai baju, toilet ada dua. Allahu. memang best. dua sem duduk kolej ni. pd masa yg sama, join REXCO Biro Kebajikan dan Perkhidmatan. kutip pengalaman berharga sampai gelap2 muka. haha.
dulu, sebelum rapat dgn ika, mas, n isma, diorang nilah yg jadi bestfriend me. tapi bila diorang ni join SUKSIS dgn PALAPES tinggal me sorang2. hahaha. sedih |
keluarga besar Biro Kebajikan dan Perkhidmatan. |
sorang2 dah letih sebenarnya. lama memanjat Gunung Senyum. masa ni berehat. cubalah cari me di mana. hahaha |
me sbg photographer. masa ni dekat lembah bujang. |
sem 3. paling haru sebenarnya. sebab mula2 daftar kolej dapat tahu kena tempatkan dkt KUO yg dah x berpenghuni. masa tu penghuni2 KUO semua dah pindah kolej baru dekat Proton City. tinggallah kami penghuni KHAR yg tersisih ke KUO yg memang creepy sebab x ada orang. cuma kami dalam 20 orang budak sejarah. sedih. kemudian, amek keputusan, jom keluar kolej. minggu tu jugak kami berjaya kumpul 11 orang untuk sama2 join pindah rumah depan PT. better more! :D
dari sem 3-8 mereka nilah yg kekal jadi housemate daku. ada yg keluar masuk dlm hidup, tapi mrk ni tetap setia jadi penghibur waktu susah, peneman waktu senang, crime partners, apa sume. |
sebab jadi photographer, maka x adalah gambar me. haha. |
masa ni Perkhemahan Pandu Puteri Siswi II Peringkat UPSI. masa ni gigih pakai kebarung sebab nak ditauliahkan. |
keluarga Maahad Tahfiz. sampai sekarang tak berpeluang nak jenguk mrk sekali lagi. rindu. amat rindu, :( |
"Girlfriend u buatkan sandwich ke pagi ni?"
inilah kanak2 ribena. |
1st time ada gambar ramai2. tu pun suruh mak teh, jaga sekolah amikkan. :D |