Wednesday, July 11, 2012

Sedarlah.. (peringatan buat diri n teman2)

Apa kita fikir, kita lebih BAIK daripada orang lain?
Apa kita fikir, kita lebih HEBAT daripada orang lain?
Sampai kita boleh berbuat sesuka hati terhadap orang lain?
Sehingga kita boleh bertindak menghina sewenang2 nya  orang lain?
Apa kita fikir, kita ini lebih istimewa daripada orang lain?


SEDARLAH...
Kita ini sama sahaja darjatnya.
Mana mungkin ada yang membezakan kita dengan insan lain.
Yang ada cuma SATU.
AMAL IBADAT kita untuk kita bawa menghadap Sang Pencipta.



Kenapa kita, 
insan biasa tegar melukakan hati orang lain dengan kata2 hinaan kita?
Kenapa kita, 
manusia biasa sanggup menyakiti orang lain dengan tingkahlaku kita?
Mengapa kita, 
sanggup bersikap kejam dengan sesama makhluk yang diciptakan oleh DIA?

Aku melalui semuanya.
Duka, derita, gembira, bahagia,
Pahit manis asam kehidupan,
Semua itu sudah menjadi rencah rasmi hidup penuh dugaan.




Aku pernah dikecam dengan kata-kata hinaan,
Pernah dilontar dengan bicara kepahitan,
Pernah diuji dengan tingkahlaku kekejaman,
Semua itu aku telan dengan kesedihan,
Namun...
Tak pernah aku mengalah dengan arus kehidupan,
Kerana aku percaya dengan janji Tuhan.




Duhai insan,
Sedarlah dari mimpi lena buaian dunia,
Jangan dibiarkan diri hanyut dengan mainan syaitan,
Jangan kamu khuatiri apa yang telah dijanjikan oleh Sang Pencipta Alam,
Kita semua sama.
Tiada yang berbeza antara kita.
Hanya amal penentu segala.


Created by amira ayman.
5.26pm
11 JULAI 2012